fbpx

Dazrina gigih bantu anak istimewa menulis, membaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rahmat di­ sebalik meningkatkan ilmu penge­tahuan dalam bidang pendidikan khususnya bagi anak yang disahkan menghidap autisme memberi kelebihan kepada Dazrina Che Din untuk menceburi secara serius dalam bidang perniagaan.

Pengasas produk Pensil Claw itu semakin terkenal sebagai salah seorang usahawan yang berjaya memperkenalkan alat bantu menulis ke pasaran tempatan.

Beliau terus mengorak langkah kali ini dengan membuka Kedai Barangan Permainan Kanak-Kanak Tulis Cantik di Taman Saujana Puchong baru-baru ini.

 

 

Pensil Claw ialah alat yang membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memegang pensil dengan cara yang betul dan melaluinya ia dapat membantu mereka menulis de­ngan baik atau mengajar mereka untuk mula belajar menulis.

Pensil unik itu berjaya membantu ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut termasuk kanak-kanak sindrom down menulis dengan baik.

Dazrina, 40, menjelaskan, perubahan besar yang berlaku pada dirinya tiga tahun lalu mengubah kehidupan beliau yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat swasta mengambil keputusan berhenti untuk menjaga anak sulungnya, Nurdiana Allisya Mizan Normizan, 9, yang disahkan menghidap autisme.

“Saya tidak tahu dia menghidap autisme kerana anak saya kelihatan normal dan hanya menyedari masalah tersebut ketika Nurdiana berusi 23 bulan.

“Suasana itu mengundang panik kerana saya tidak tahu langsung mengenai autisme dan terus bertemu pakar psikiatri bagi mendapatkan penjelasan mengenai penyakit tersebut,” ­katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kedai Bara­ngan Permainan Kanak-Kanak Tulis Cantik di sini baru-baru ini.

 

 

Dazrina menerangkan, mela­lui niat untuk berkongsi ilmu de­ngan ibu bapa yang masih kurang arif tentang penyakit tersebut, beliau telah menghasilkan buku berkaitan teknik membaca, me­nulis dan membantu kanak-kanak tersebut berkomunikasi.

Ditanya tentang perancangan masa depannya, Dazrina me­nerangkan, beliau mahu menjadikan kedai jualan tersebut sebagai platform untuk membantu lebih ramai ibu bapa.

Kedai yang terletak di lokasi strategik itu menyediakan pelbagai bahan bacaan dan permainan khususnya buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa untuk berhibur sambil belajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI