fbpx

Bagnaia mahu cari punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA berpeluang untuk muncul juara di GP Emilia Romagna apabila memimpin perlumbaan sebelum terlibat dalam kemalangan. – AFP

MISANO – Pelumba Pramac Ra­cing, Francesco Bagnaia tidak menolak kemungkinan sebab utama dia gagal menamatkan saingan di Grand Prix (GP) GP Emilia Romagna malam kelmarin berpunca da­ripada pelekat visor helmet atau melanggar objek asing di Litar Misano.

Pelumba Itali itu berpeluang untuk muncul juara selepas meninggalkan pelumba Yamaha, Meverick Vinales dengan perbezaan 1.3 saat di belakang.

Bagaimanapun, Bagnaia gagal mengawal jenteranya selepas terjatuh di selekoh keenam pada baki tujuh pusingan terakhir sekaligus membuka ruang kepada Vinales muncul juara.

“Saya mahu mengenal pasti mengenai punca ia berlaku kerana saya fikir ia agak pelik. Saya me­ngawal jentera dengan baik dan meninggalkan Vinales agak jauh.

“Kemalangan itu luar biasa kerana data yang diperoleh terutama mengenai kelajuan, minyak dan jalur perlumbaan adalah sama. Jadi, ia seperti saya telah melanggar sesuatu atau objek a­sing di atas litar.

“Perkara yang saya fikir ketika ini adalah pelekat visor helmet dan jika ia tidak dapat mengetahui puncanya, saya sedikit takut untuk meneruskan perlumbaan seterusnya,” kata Bagnaia.

Pelekat visor helmet yang dibuang di dalam litar turut memberi masalah kepada rakan sepasukannya, Jack Miller selepas tersangkut di kotak angin jentera. Ia sekali gus menyebabkan Miller menarik diri dan ha­nya sempat menamatkan melalui dua pusingan perlumbaan.

“Sudah pasti saya sangat kecewa kerana ini kali pertama saya tampil dengan aksi terbaik dan berpeluang untuk muncul juara. Tewas dengan cara seperti ini membuatkan saya tidak begitu gembira,” tambah Bagnaia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI