fbpx

APM selamatkan ular senduk tersepit jeriji besi longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM Klang cuba menangkap menyelamatkan ular senduk yang bertindak agresif selepas tersepit pada jeriji besi longkang di Blok 37, Pangsapuri PKNS, Bandar Sultan Suleiman, Klang hari ini

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Seekor ular senduk betina sepanjang dua meter berjaya diselamatkan selepas tersepit di jeriji besi longkang di Blok 37, Pangsapuri PKNS, Bandar Sultan Suleiman di sini, hari ini.

Penemuan reptila seberat tiga kilogram itu pukul 9.20 pagi disedari seorang penduduk yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang, Leftenan (PA) Muhammad Najib Mohamad Isahak berkata, empat termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.33 pagi.

“Anggota terpaksa mengangkat jeriji besi itu secara berhati-hati berikutan ular itu secara tiba-tiba bertindak agresif.

“Kita mengambil masa selama 12 minit dengan reptlia tersebut berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau menambah, ular tersebut dibawa ke pejabat APM sebelum diserahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

“Faktor cuaca tidak menentu ketika ini haiwan seperti ular gemar memasuki kawasan perumahan untuk berteduh dan mencari makanan.

“Sehubungan itu, kita menasihatkan kepada orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri dan segera menghubungi talian kecemasan sekiranya ternampak haiwan atau reptilia seumpama itu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI