fbpx

109 terima watikah lantikan Pengerusi JPKKP Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZURAIDA Kamaruddin (dua dari kiri) menyerahkan watikah lantikan kepada salah seorang Pengerusi JPKKP.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seramai 109 individu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru membabitkan empat buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, kesemua pengerusi JPKKP itu dilantik bagi tempoh setahun berkuatkuasa 1 September lalu hingga 31 Ogos 2021.

Beliau berkata, JPKKP diwujudkan di kawasan kampung baru Cina khususnya di empat negeri yang ditadbir parti pembangkang.

“Daripada 109 pengerusi yang dilantik, 66 adalah dari Selangor, Negeri Sembilan (26), Kuala Lumpur (3) dan Pulau Pinang (2).

“Buat masa ini, ada 33 lagi lantikan Pengerusi JPKKP belum diselesaikan bagi empat negeri berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengerusi JPKKP di sini hari ini.

Katanya, pelantikan pengerusi berkenaan adalah lantikan politik dan pemilihan mereka disaring di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mana perlu melepasi kriteria ditetapkan termasuk boleh berbahasa Melayu, memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berumur 60 tahun ke bawah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI