fbpx

Wanita ditahan jadikan rumah stor tong gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muniandy (tengah) menunjukkan sebahagian tong gas LPG yang dirampas dari sebuah rumah di Kampung Changhai, Changlun semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Tindakan seorang wanita menjadikan kawasan rumahnya sebagai stor penyimpanan 101 tong gas petroleum cecair (LPG) dianggarkan bernilai RM28,000 tanpa lesen mengundang padah apabila dia ditahan di Kampung Changhai, Changlun dekat sini semalam.

Wanita berusia 56 tahun itu ditahan selepas rumahnya diserbu sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Kubang Pasu, K. Muniandy berkata, pihaknya menyerbu rumah kampung tersebut selepas melakukan risikan selama seminggu berhubung aduan tentang kegiatan suspek.

“Dalam serbuan itu, kita merampas sebanyak 85 tong LPG berisi dan 16 lagi tong didapati kosong yang dianggarkan bernilai RM28,000.

“Kita turut merampas dua buah lori satu tan yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut dengan nilai rampasan kira-kira RM26,000,” katanya kepada pemberita di Stor KPDNHEP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Kata beliau, wanita terbabit didapati melakukan kesalahan menyimpan barang kawalan berjadual iaitu tong gas berisi LPG tanpa lesen sah.

“Dia dipercayai membekalkan gas tersebut kepada penduduk di kawasan Changlun sejak kira-kira sebulan lalu dengan dibantu dua anaknya berusia lingkungan 20-an.

“Wanita itu dikatakan mendapatkan bekalan tong gas tersebut daripada seorang pembekal dari Perlis berdasarkan penemuan resit pembelian dan kita sedang melakukan siasatan lanjut berhubung perkara itu,” ujarnya.

Tambahnya, wanita itu dibebaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI