fbpx

Program rehabilitasi ubah landskap Sungai Kim Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vidyananthan mendengar penerangan daripada Abdull Rahim berkaitan dengan alam sekitar di UTM, Skudai hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI.

JOHOR BAHRU – Program Rehabilitasi Sungai Kim Kim bakal dilaksanakan kerajaan negeri dalam usaha mengubah landskap sungai itu yang telah tercemar kepada lebih mesra alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, usaha itu mula digerakkan pada November ini dan dilakukan secara berfasa dalam tempoh dua tahun melalui kerjasama empat universiti tempatan.

Empat universiti yang terlibat adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM).

“Kita mahu ubah keadaan Sungai Kim Kim yang kini dikenali sebagai tercemar akibat kesan perindustrian kepada satu sungai yang lebih mesra masyarakat dan juga menjadi pusat riadah penduduk Pasir Gudang.

“Oleh itu semua universiti terlibat akan membuat kajian berdasarkan kepakaran masing-masing untuk dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri sebelum diterjemahkan dalam bentuk tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Syarahan Perdana Professor di Dewan Sultan Iskandar UTM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Sains UTM, Prof Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff.

Dalam pada itu, Vidyananthan berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan peruntukan untuk program itu agar ia dapat dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2021.-K! ONLINE.

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI