fbpx

Pokok berisiko tumbang di Kota Bharu akan ditebang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kejadian pokok tumbang di Kota Bharu akibat hujan lebat.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan menebang pokok yang berisiko  tumbang bagi mengelak kejadian tidak diingini terutamanya ketika berlaku ribut atau angin kencang.

Bagaimanapun, Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, pokok yang dikenal pasti masih elok dan terkandung dalam inventori pokok yang selamat dalam bandar akan dikekalkan.

Katanya, MPKB-BRI sudah mempunyai perancangan untuk menebang pokok yang berisiko itu dalam masa terdekat malah sedang menunggu kren pengangkat (skylift) baharu memandangkan peralatan iyu yang berada dalam simpanan pihaknya sudah tidak boleh digunakan.

“Kita dapati banyak pokok-pokok yang besar dalam bandar seperti di kawasan sekeliling stadium dan di Jalan Bayam di sini.

“Selain itu, ada juga pokok semarak api yang besar di Jalan Tok Guru. Pokok yang berisiko akan ditebang atau dirapikan mengikut tahap risiko dan spek tertentu,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Kosmo! Online Khamis lalu melaporkan beberapa kawasan di sekitar di daerah ini terjejas selepas berlaku kejadian ribut sewaktu hujan lebat dalam tempoh singkat

Mengulas lanjut, menurut Tuan Zainal Abidin, keselamatan orang ramai perlu diambil kira kerana pokok yang berisiko perlu ditebang sebagai langkah awal mengelak kejadian tidak diingini berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI