fbpx

PGA rampas 58 ekor lembu seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan sebanyak 58 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM348,000 petang semalam.

Anggota PGA Batalion 7 mengesan kegiatan itu selepas menahan treler dipandu seorang lelaki dan kelindan yang membawa haiwan berkenaan di jalan Kampung Meranti-Pasir Mas pada pukul 3.15 petang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, siasatan awal mendapati lembu-lembu yang telah diseludup dari negara jiran itu dibawa dari kandang di Nechang, Tumpat.

Menurutnya, lembu-lembu itu kemudian dibawa ke Ladang Permai, Lubok Jong di sini sebelum dibawa ke negeri lain.

“Kita juga dapati kumpulan penyeludup yang terlibat dalam aktiviti ini telah menyalahguna dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Hal ini kerana dokumen yang dikemukakan oleh pemandu dan kelindan treler ketika ditahan meragukan,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Azhari memberitahu, kedua-dua suspek mengakui mereka hanya mengambil upah untuk memindahkan lembu-lembu tersebut tanpa mengetahui maklumat lanjut berkaitan perkara itu.

Azhari berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori yang dipandu suspek dianggarkan bernilai RM 798,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI