fbpx

Pesara polis maut motosikal dirempuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Persona dan motosikal yang ditunggang mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Kilometer 3 Jalan Sitiawan-Kampung Acheh, Lumut pagi tadi.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seorang bekas pegawai polis maut manakala cucunya cedera apabila motosikal dinaiki dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Kilometer 3 Jalan Sitiawan-Kampung Acheh dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, Azmin Hassan, 59, meninggal dunia di tempat kejadian manakala cucunya yang berusia enam tahun cedera di tangan dan kaki sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang bersara awal dengan pangkat Inspekor itu dalam perjalanan menghantar cucunya ke taman didikan kanak-kanak (tadika).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata,
siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Persona dan motorsikal jenis Honda dari arah sama iaitu dari Sitiawan menghala ke Kampung Acheh.

“Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai penunggang motorsikal telah mengubah lorong dari kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu kereta tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu melanggar di bahagian belakang motosikal .

“Akibat kemalangan ini penunggang motosikal mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng cedera dan dihantar ke HSM untuk rawatan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Nor Omar berkata, siasatan setakat ini mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu kereta yang cuai melanggar belakang motosikal.

Oleh itu, katanya polis menahan pemandu kereta berusia 34 tahun yang bekerja di sektor swasta itu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI