fbpx

MHCC menang dua anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hotel MHCC milik Lembaga Tabung Haji yang terletak di KLIA.

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

KUALA LUMPUR – Movenpick Hotel & Convention Center (MHCC) yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memenangi dua pengiktirafan iaitu hartanah mesra alam dan juga penginapan mesra muslim.

Bagi anugerah mesra muslim, MHCC meraih kategori Platinum dalam pensijilan Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC) pada 3 September 2020 lalu.

Selain itu, hotel milik Lembaga Tabung Haji (TH) itu juga dinobatkan sebagai Bangunan Komersil Hijau Baharu Terbaik oleh Malaysia Green Buildings Council (MGBC) pada 15 September 2020.

Pengurus Besar Pelaburan Strategik TH, Muhammad Fawwaz Aminuddin berkata, kemenangan ini jelas membuktikan tahap reka bentuk MHCC yang unik serta kelestarian tinggi hasil seni bina arkitek terkemuka dunia, Hijjas Kasturi.

“MHCC adalah sebuah permata tersembunyi milik TH. Anugerah ini akan membuka mata rakyat Malaysia kepada keunikan seni bina berunsur Islam di negara kita di samping menikmati kemudahan hospitaliti dan perkhidmatan bertaraf lima bintang.

“Bangunan hotel ini turut mengamalkan amalan hijau dan mengikut kriteria ‘Green Building Index’ bagi mencapai penarafan perak serta menerapkan elemen ‘Low Carbon Society’ dalam setiap program dan perancangan pembangunan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Fawwaz berkata, MHCC juga digunakan sejak 2018 sebagai kompleks haji dan stesen berlepas jemaah haji tanah air.

“Kedudukannya yang berhampiran KLIA memberi nilai tambah kepada pengunjung hotel sekali gus meningkatkan lagi faktor kemudahan pengangkutan.

“TH amat berbangga dengan pencapaian anugerah yang diraih MHCC dan berharap ia akan terus maju serta berusaha untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang demi kemajuan industri pelancongan di negara ini,”ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI