fbpx

Mayat dijumpai tersangkut pokok nipah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemui mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Ismail, Muar hari ini.

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR – Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail di sini, berjaya ditemui petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa, Lim Wee Leong, 34, dijumpai oleh orang awam pada pukul 5.30 petang.

“Mangsa yang tersangkut pada pokok nipah berhampiran Jambatan Kedua Muar ditemui oleh orang awam yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada pihak bomba.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Bedah siasat akan dijalankan esok, namun identiti telah dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, mangsa dilaporkan memberhentikan motosikal yang ditunganggi dan menanggalkan seliparnya di laluan motosikal sebelum bertindak terjun ke jambatan berkenaan.

Sementara itu, seramai 10 anggota, sebuah jentera dan satu unit utiliti bot aluminum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI