fbpx

Lindelof, Maguire jadi punca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE (kiri) dan Lindelof berdepan kesukaran untuk menyaingi kepantasan pemain Palace sehingga gagal mempertahankan gawang United daripada dibolosi. – AFP

MANCHESTER – Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville menggesa pasukan itu supaya melupakan keinginan mereka untuk mendapatkan Jadon Sancho dengan yuran perpindahan yang tinggi.

Sebaliknya menurut Neville, skuad kendalian Ole Gunnar Solsk­jaer itu perlu menumpukan perhatian memperbaiki kelemahan di benteng pertahanan terlebih dahulu.

Pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace awal pagi semalam, United jelas berdepan masalah besar di bahagian pertahanan apabila dua pemain bek tengah mereka, Harry Maguire dan Victor Lindelof mempamerkan aksi paling buruk menyebabkan mereka tewas 1-3 di Old Trafford.

Neville berpendapat, United tidak mampu mengimpikan peluang mencabar kejuaraan EPL dan lebih banyak trofi lain jika menggunakan khidmat kedua-dua pemain berkenaan.

“Anda (Manchester United) boleh cakap sebanyak mana yang anda suka mengenai Jadon Sancho tetapi selagi anda tidak mempunyai pemain pertahanan yang mampu berlari sambil me­lakukan kerja-kerja bertahan, pasukan ini tidak akan memenangi kejuaraan liga.

“Mereka tidak akan memenangi dengan menggunakan gandingan dua pemain itu. Mereka perlukan pemain pertahanan yang sentiasa bergerak, pantas dan dominan di kawasan gawang mereka sendiri,” katanya.

Tambahnya, Lindelof gagal mencapai tahap untuk menjadi seorang pemain pertahanan terbaik di Uni­ted terutama ketika menjadi punca gol kedua dan ketiga Palace yang dijaringkan oleh Wilfred Zaha.

“Dia tidak cukup kuat untuk berada di situ. Selalu teragak-agak ketika membuat keputusan dalam keadaan getir. Bagi saya dia seorang pemain yang lemah,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI