fbpx

Lelaki kena renjatan elektrik ketika baiki bumbung bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa renjatan elektrik dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja membaiki bumbung sebuah bengkel kenderaan berat di Kampung Desa Aman di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati seorang lelaki berusia 24 tahun berada di atas bumbung dalam keadaan lemah akibat terkena renjatan elektrik.

“Hasil siasatan mendapati mangsa terkena renjatan elektrik ketika menyentuh panel suis dalam keadaan tangannya basah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, mangsa berjaya dibawa turun sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI