fbpx

Kedah buru mata penuh menentang Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL mengakui tidak tahu sejauh mana kekuatan pasukan Sabah menjelang aksi di Stadium Darul Aman malam ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

WALAUPUN terpaksa mengorbankan aksi di laman sendiri ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Kota Setar, tumpuan skuad Helang Merah untuk mengutip tiga mata penuh ketika menentang Sabah malam ini langsung tidak terjejas.

Malah menurut pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak, pasukannya kini dilihat cukup bersedia apatah lagi dengan kembalinya tonggak pertahanan dari Brazil, Renan Alves yang sebelum ini direhatkan dalam beberapa perlawanan akibat kecederaan.

“Persiapan menentang Sabah berjalan seperti biasa dan saya gembira melihat Renan kini cergas sepenuhnya.

“Selebihnya kita mengharapkan para pemain dapat memberi fokus sepanjang 90 minit perlawanan. Tumpuan ketika ini tidak lain daripada terus mengutip mata penuh dalam baki empat perlawanan terakhir,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas kejayaan JDT membenam Selangor yang dilihat menyempitkan peluang Kedah untuk mengejar mereka bagi meraih gelaran juara liga, Aidil Sharin berkata, perkara itu bukanlah perkara yang harus difikirkan ketika ini.

“Kemenangan 6-1 ke atas Selangor membuktikan JDT berada di kelas tersendiri dan merupakan pasukan terbaik dalam liga pada masa ini.

“Para pemain perlu sentiasa fokus dan ingat bahawa objektif utama kita adalah untuk mengutip mata penuh dalam satu demi satu perlawanan dan bukan terlalu mahu mengejar JDT yang mana dengan cara itu kita mampu memberikan aksi terbaik,” katanya.

Sementara itu, Aidil mengesahkan, kecederaan dialami penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim ketika menentang Felda United sebelum ini masih belum pulih.

“Bagaimanapun, saya tidak bimbang kerana Mohd. Shahril Saari yang sebelum ini turut pernah memainkan peranan utama di gawang, tampak cukup bersedia untuk diturunkan.

“Ketika diturunkan selama 45 minit bagi menggantikan Ifwat dalam perlawanan sebelum ini, dia menampilkan aksi yang baik. Saya harap momentum tersebut dapat dikekalkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI