fbpx

JDT sudah tiada tandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMADAN (kanan) berjaya meledak dua gol ketika JDT berpesta gol membelasah Selangor kelmarin.

MENTALITI pemain yang dahagakan kemenangan membantu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakarkan kemenangan bergaya 6-1 ke atas Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Selatan meraih gol menerusi dua jaringan Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah manakala tonggak import, Diogo Santo dan Gonzalo Cabrerra masing-masing meledak satu gol.

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, kemenangan tersebut amat bermakna buat skuad Harimau Selatan kerana ia bukan mudah untuk dikecapi lebih-lebih menentang pasukan hebat seperti Selangor.

Katanya, biarpun mempamerkan aksi terumbang-ambing pada awal 20 minit permainan, pemain berjaya kembali mengatur gerakan dan memberi tekanan kepada lawan sehingga mampu mencipta gol pada minit akhir babak pertama.

“Saya tidak percaya kepada nasib, ia adalah terjemahan kerja keras pemain yang bersungguh-sungguh saban hari bagi mem­buru kemenangan yang diimpikan pasukan.

“Kejayaan mencatatkan kemenangan besar ini adalah kesan daripada keinginan pemain yang membuak-buak bagi memenangi perlawanan tersebut.

“Tidak mustahil kami akan bergelut untuk memberikan yang terbaik, itu perkara biasa dalam bola sepak. Saya mengharapkan kami beroleh kemenangan, namun tidak menjangka ia sebesar ini.

“Jadi, saya mahu pemain menikmati saat ini kerana bukan senang untuk berpesta gol lebih-lebih lagi menentang pasukan hebat seperti Perak dan Selangor,” katanya selepas perlawanan.
JDT mempunyai baki perlawanan menentang PJ City, Sabah serta Melaka United dan hampir pasti di nobat sebagai juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI