fbpx

Heung-min ledak 4 gol julang Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (dua dari kanan) meledak empat gol ketika membantu Spurs menewaskan Southampton 5-2 malam tadi. – AFP

LONDON – Penyerang sensasi Tottenham Hotspur, Son Heung-min muncul wira untuk membantu pasukannya meraih kemenangan pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menang 5-2 ke atas Southampton di Stadium St. Mary malam tadi.

Pada aksi tersebut, Spurs yang dikendalikan oleh Jose Mou­rinho terlebih dahulu diasak oleh pasukan tuan rumah yang hampir memperoleh gol menerusi pe­nyerang berbisa, Danny Ings tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana bola terkena tangannya.

Namun, penyerang antarabangsa England itu tidak menyerah dan berjaya meraih gol pembukaan hasil rembatan cantik selepas menerima hantaran daripada pemain pertahanan, Kyle Walker-Peters pada minit ke-32.

Enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal, Spurs kembali mencari rentak dengan memperkemaskan jentera serangan dan gol penyamaan akhirnya tiba menerusi tendangan Heung-min pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Heung-min menggandakan jaringan peribadi dengan meledak gol kedua buat Spurs pada minit ke-47 selepas menyudahkan hantaran yang dilakukan oleh penyerang utama, Harry Kane.

Kane sekali lagi bijak membuka ruang apabila mencipta peluang ketiga untuk penyerang antarabangsa Korea itu meledak hatrik pada minit ke-64 untuk melenyapkan sisa kebangkitan pasukan tuan rumah.

Benteng Southampton sema­kin rapuh apabila Heung-min meledak gol keempat peribadi pada minit ke-74, manakala Kane turut mencetak nama sebagai penja­ring dengan jaringan kelima buat Spurs pada minit ke-82.

Ings meledak gol kedua selepas menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan dan keputusan 5-2 kekal sehingga tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI