fbpx

Empat PATI diberkas di sangkar ikan Pulau Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM menahan empat PATI warga Myanmar di sebuah sangkar ikan di Selatan Pulau Aman di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di sebuah sangkar ikan di kedudukan 2.2 batu nautika selatan Pulau Aman dekat sini pagi tadi.

Keempat-empat lelaki berusia 29 hingga 35 tahun itu ditahan dalam Op Benteng dipercayai ketika melakukan kerja-kerja pembersihan sangkar yang tidak mempunyai nombor.

Pengarah Maritim Negeri, Hamizan Harun berkata, siasatan lanjut mendapati kesemua warga Myanmar terbabit gagal mengemukakan permit yang sah ke negara ini termasuk dokumen perjalanan diri.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut Hamizan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Jelasnya, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama sekiranya terdapat aduan atau
kecemasan di laut kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang: 04-2626146 atau 04-264 3650. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI