Pelakon dan penyanyi, Sharon Stone tidak berasakan dirinya seksi meskipun pernah memegang gelaran simbol seks Hollywood.
Kata Stone, 62, sehingga kini, masih ada permintaan daripada pengarah dan penerbit supaya dia berbogel dalam filem lakonannya.
“Saya tidak pernah merasakan diri sebagai seksi, cuma saya seorang yang tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Pada usia begini pun, mereka masih mahukan aura simbol seks itu daripada saya. Itu melucukan,” jelasnya.