fbpx

293 ingkar PKPP, 124 ditahan berhibur di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 293 individu ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dengan tangkapan paling tinggi sebanyak 124 membabitkan aktiviti di kelab malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain yang dikesan termasuklah penjarakan fizikal (85), gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran diri (31), tidak memakai pelitup muka (24), premis beroperasi lebih masa (10), tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) (sembilan) dan premis beroperasi tanpa kebenaran (enam).

Turut ditahan adalah kesalahan masing-masing dua tangkapan melibatkan kesalahan keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD dan gagal lunaskan caj kuarantin.

“Daripada jumlah itu, seramai 269 individu dikompaun manakala 24 individu direman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 75 PATI, lima penyeludup dan dua orang tekong ditahan menerusi Operasi Benteng semalam selain turut dirampas adalah empat buah kenderaan.

Dalam pada itu, katanya, seramai 31,830 individu pulang ke tanah air setakat ini dan ditempatkan di 75 stesen kuarantin yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, seramai 8,342 individu menjalani proses kuarantin wajib manakala 71 lagi telah dihantar ke hospital.

Sementara itu, sebanyak sembilan operasi sanitasi meliputi satu zon kuning dan enam zon hijau membabitkan lima negeri dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sebanyak empat operasi di Pulau Pinang Sabah (dua) dan masing-masing satu di Sarawak, Perlis dan Melaka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI