fbpx

Werner sedia jerat Van Dijk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER mahu menggunakan kepantasan yang dimiliki untuk memperdayakan Van Dijk yang mengetuai benteng Liverpool. – AFP

LONDON – Penyerang Chelsea, Timo Werner akan menggunakan kepantasannya untuk mengatasi tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam ini.

Werner, 24, berharap kelebihan itu dapat dimanfaatkan ke atas Van Dijk yang melakukan dua kesilapan hingga mengakibatkan Leeds United menja­ringkan dua gol ke atas Liverpool pada aksi pertama EPL di Anfield minggu lalu.

“Saya pernah mencatat masa 11.11 saat untuk larian 100 meter sewaktu berusia 15 tahun sehingga mendapat gela­ran Turbo Timo. Gelaran itu sebenarnya sesuai dengan corak permainan saya.

“Kelebihan ini memberi banyak peluang kepada saya untuk menjaringkan gol. Jadi saya mahu memanfaatkan perkara ini apabila turun menentang Liverpool nanti,” katanya.

Kepantasan larian adalah senjata utama Werner yang berjaya menjaringkan 95 gol dalam 159 perlawanan untuk semua kejohanan sejak me­nyertai RB Leipzig daripada Stutgartt dari 2016 hingga 2020.

Kecemerlangan itu me­nyaksikan Chelsea mengaktifkan klausa perpindahannya bernilai £47.5 juta (RM252.4 juta).

Jika berjaya menjaringkan gol buat Chelsea, Werner dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengulangi rekod jaringannya di Jerman musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI