fbpx

Susu tepung dari Ireland dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSU tepung dari Ireland yang dirampas Maqis Johor kerana diimport tanpa permit.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk susu tepung di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini minggu lalu.

Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, susu tepung yang dibawa dari Ireland itu dirampas kerana tidak memiliki permit import dan sijil kesihatan dari negara asal.

Katanya, susu tepung berkenaan seberat 3 kilogram dan dianggar bernilai RM390.70.

“Barangan dagangan itu dirampas pihak Maqis ketika pemeriksaan dilakukan di bahagian kargo LTAS, pada pukul 12.30 pagi, 13 September lalu.

“Produk itu kemudian dirampas kerana tidak memiliki permit import serta sijil kesihatan dari negara asal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nur Afifah, perbuatan mengimport susu tepung tanpa permit import daripada Maqis adalah kesalahan dibawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI