fbpx

Rentung selepas cuba padam api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Azali yang rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Butterworth semalam.

BUTTERWORTH – Seorang warga emas ditemui rentung selepas terperangkap di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat di Lorong Laksamana, Taman Telok Molek, Butterworth di sini semalam.

Mayat mangsa, Azali Saad, 64, ditemui oleh anggota bomba selepas operasi pemadaman selesai pada pukul 7.20 pagi.

Anak sulung mangsa, Azizi Azali, 36, berkata, bapanya, ibunya dan adik bongsunya, Khairil Azali, 25, menyewa bilik di rumah teres berkenaan sejak lima tahun lalu.

“Semasa kejadian, adik saya yang sedang tidur di tingkat atas terjaga dan segera meminta emak dan ayah yang berada di tingkat bawah supaya menyelamatkan diri masing-masing.

“Walau bagaimanapun, ayah naik ke tingkat atas membawa sebaldi air untuk memadamkan api, namun dia terperangkap di­sebabkan asap tebal yang memenuhi bahagian atas rumah.

“Adik saya cuba untuk menyelamatkan ayah namun tidak berjaya.

“Dia juga mengalami sesak nafas dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kepala Batas di sini semalam.

Menurut Azali, ibunya dan tiga lagi jirannya bagaimanapun terselamat dalam kejadian tersebut.

Dia berasa sedih dengan kejadian itu namun reda dan me­nganggap pemergian bapanya sebagai ujian buat mereka sekeluarga.

Cerita lelaki itu, kelmarin me­rupakan kali terakhir dia bertemu bapanya semasa mahu mengambil cukai kenderaan di rumah tersebut.

“Saya membawa isteri dan anak-anak bersama. Ayah kurang bercakap dan tidak banyak memberikan respons semasa berbual.

“Saya sempat menghulurkan duit belanja kepada ayah.

“Pagi tadi (semalam) anggota bomba telah menyerahkan wang tersebut yang ditemui di dalam rumah bersama jam tangan dan telefon bimbit milik ayah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI