fbpx

PGA rampas 30 guni pakaian bundle seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara guni pakaian terpakai yang dirampas oleh PGA Batalion 7 selepas menahan sebuah lori di Jalan Pohon Tanjung- Pasir Mas, petang semalam.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas 30 guni pakaian terpakai yang dianggarkan bernilai RM75,000 selepas menahan sebuah lori di jalan Pohon Tanjung-Pasir Mas di sini semalam.

Dalam operasi pukul 7 malam itu, anggota PGA turut menahan seorang pemandu dan kelindan masing-masing berusia 28 dan 21 tahun bagi membantu siasatan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 , Superintendan Azhari Nusi berkata, ketika ditahan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen penyata dan perjalanan berkaitan dengan barangan tersebut.

Menurutnya, pemandu, kelindan, lori dan 30 guni pakaian terpakai itu dibawa Balai Polis Jeram Perdah untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kesemua pakaian terpakai tersebut diseludup dari negara jiran menggunakan laluan tidak sah.

“Tindakan itu bagi mengelak pemilik dikenakan cukai oleh pihak kerajaan. Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM140,000,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI