fbpx

Pesara cipta rantai terpanjang dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gigih anyam pembalut gula-gula getah selama 55 tahun

VIRGINIA, Amerika Syarikat – Seorang pesara mengambil masa selama 55 tahun untuk menganyam kertas pembalut gula-gula getah bagi membentuk rantai terpanjang dunia, lapor The New York Post.

Rantai yang mengandungi 2,583,335 keping pembalut gula-gula getah itu adalah ­sepanjang 32,555 meter (m) atau 40 kali ganda lebih tinggi daripada Burj Khalifa di Dubai, Emriyiah Arab Bersatu.

Ciptaan itu membolehkan na­ma Gary Michael Duschl tercatat dalam buku rekod Guinness World Records 2021.

Duschl berkata, dia mengumpul kertas pembalut gula-gula getah dan menganyam rantai itu sejak 1965, satu trend dalam kalangan orang muda pada ketika itu.

“Semasa di sekolah, ramai rakan gemar menyambung pembalut gula-gula getah dan saya belajar daripada mereka.

“Saya teruja kerana mampu membentuk rantai paling panjang antara rakan-rakan sekelas dan terpanjang di sekolah pada masa itu,” katanya.

Duschl meneruskan hobi itu sehingga kini dan meluangkan masa dua jam sehari untuk menambah ukuran panjang rantai itu pada kadar purata 1.6 m pada setiap hari.

“Ramai orang yang tidak dikenali datang ke rumah saya untuk memberi pembalut gula-gula sambil bertanya berapa panjang rantai yang di­hasilkan setakat ini,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI