fbpx

Park Yoochun disindir tidak waras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK YOOCHUN

BERIKUTAN penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini, penganjuran acara terbuka dan melibatkan orang ramai terutama melibatkan lokasi luar masih belum dibenarkan di mana-mana negara.

Namun tindakan penyanyi Park Yoochun yang baru-baru ini berkongsi tarikh jadual persembahan konsertnya di Thailand mengundang kecaman netizen.

Rata-rata menyifatkan Yoochun seperti ‘tidak waras’ kerana tidak memikirkan situasi semasa negara Korea Selatan yang masih tidak membenarkan sesiapa ke luar negara.

Dia merancang untuk mengadakan acara bertemu peminat pada 27 November sebelum menganjurkan konsert sehari kemudian di Union Mall, Thailand.

Pengumuman tersebut sekali gus menimbulkan kontroversi di negara itu kerana hampir semua artis perlu membatalkan jadual persembahan dalam dan luar negara akibat Covid-19.

Sehingga kini semua artis berdepan penangguhan konsert mula mengambil inisiatif baharu dengan menganjurkan persembahan dalam talian.

Antara artis yang telah mengamalkan norma baharu sebegitu ialah kumpulan BTS dan SuperM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI