fbpx

“No comment kerana hal peribadi” – Syamsul jawab isteri hadir ke pejabat agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul enggan mengulas lanjut dakwaan isterinya hadirkan diri ke pejabat agama.

KUALA LUMPUR – “Maaf, ‘no comment’ kerana perkara itu hal peribadi. Itu sahaja saya boleh cakap,” demikian jawapan ringkas pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 36, menjawab dakwaan rumah tangganya kini bergolak.

Status rumah tangga Syamsul dengan isteri yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah, kini menjadi tanda tanya selepas timbul dakwaan wanita itu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin.

Kehadiran Puteri Sarah ke pejabat agama mencetuskan teka-teki mengenai status rumah tangga pasangan tersebut.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya.

Difahamkan, kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam pada ketika itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan kehadiran pelakon yang cukup dikenali dengan drama Dunia Anita ke pejabat agama tersebut.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga sudah tidak mengikuti akaun Instagram suaminya.

Dalam pada itu, Syamsul kali terakhir memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu sementelah gambar bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI