fbpx

Nelayan antara ditahan merempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek ditahan berlumba haram di BORR, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Empat geng rempit ditahan polis awal pagi tadi selepas didapati melakukan kegiatan lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Bagan Ajam, Butterworth di sini.

Mereka yang ditahan dalam operasi selama tujuh jam berakhir pukul 6 pagi itu merupakan lelaki berusia lingkungan 17 hingga 22 tahun.

Antaranya termasuklah mereka yang bekerja sebagai nelayan, operator dan juruteknik kilang serta pekerja bengkel.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pasukan operasi tersebut mendapati empat individu menunggang secara melulu dan merbahaya di lebuh raya itu.

“Mereka berlumba sesama sendiri dari Terminat Kontena Butterworth Utara (NBCT) menghala ke Plaza Tol Bagan Abjam sambil melakukan aksi berbahaya.

“Suspek kemudiannya ditahan di kawasan rehat dan rawat berdekatan plaza tol dan ujian air kencing bagaimanapun mendapati mereka negatif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI