fbpx

Liverpool buat kejutan beli Jota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA menjadi pemain kedua menyertai Liverpool pada jendela perpindahan kali ini selepas mereka berjaya mendapatkan Alcantara. – AFP

LIVERPOOL – Liverpool berjaya menyelesaikan urusan perpindahan seorang lagi pemain baharu, Diogo Jota dari Wolverhampton Wanderers dengan nilai £45 juta (RM239.156 juta).

Penyerang antarabangsa Portugal itu bersetuju untuk menandatangani kontrak selama lima tahun di Anfield dan menjadi pemain kedua menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan kali ini.

Jota menyertai Liverpool lebih kurang 48 jam selepas mereka berjaya mendapatkan khidmat pemain Bayern Munich, Thiago Alcantara dengan nilai £27 juta (RM143.49 juta).

Pemain berusia 23 tahun itu memiliki kemampuan untuk ­beraksi di beberapa posisi termasuk memberikan sokongan kepada trio penggempur mereka iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Jota berjaya meledak 44 gol dalam 131 penampilan bersama Wolves dan kepantasan, kebijaksanaan mencari ruang di padang dan fleksibiliti menyebabkan ­Jurgen Klopp tertarik untuk membawanya ke Anfield.

Liverpool terpaksa membuat keputusan mendapatkan Jota ekoran faktor harga yang lebih murah berbanding pemain Watford, Ismaila Sarr yang dianggap tidak sepadan dengan nilai.

Watford dilaporkan mahu Li­verpool membayar sebanyak £40 juta (RM212.58 juta) untuk mereka melepaskan Sarr menyebabkan The Reds beralih arah mendapatkan Jota.

Wolves mengenakan bayaran yang fleksibel yang mana kelab itu perlu membayar hanya 10 peratus daripada nilai bagi tempoh 12 bulan pertama sebelum bayaran penuh dibuat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI