fbpx

Komuniti Putrajaya kutip 80kg sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sukarelawan mengutip sisa sampah pada program Hari Kebersihan Sedunia di sini semalam.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Lebih 80 kilogram sisa sampah berjaya dikumpulkan pada Program Hari Kebersihan Sedunia 2020 peringkat Putrajaya, semalam.

Program tahunan yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebersihan Sedunia itu dijayakan oleh 170 sukarelawan daripada pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pengurus Cawangan  Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Putrajaya, Muhammad Hariz Hafizuddin Zainal berkata, sebanyak 9,753 puntung rokok berjaya dikutip selain 18.66 kilogram (kg) botol plastik, 3.37 kg botol kaca, tin aluminium (3.58 kg) dan 101 pelitup muka.

Beliau berkata, sebanyak 57.8 kg pelbagai jenis sisa sampah lain berjaya dikutip pada program sama.

“Seramai 170 sukarelawan menyertai program ini terdiri daripada Trash Hero, Perbadanan Putrajaya (PPj), Konsesi Alam Flora Putrajaya dan penduduk setempat.

“Program itu berlangsung di tiga lokasi iaitu Presint 15, Presint 8 dan Presint 9,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI