fbpx

KMC kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KMC di Alor Setar mula beroperasi seperti biasa hari ini.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR – Kedah Medical Centre (KMC) kembali beroperasi pada hari ini setelah menangguhkan operasi sejak 10 September lalu susulan kes jangkitan Covid-19 di salah satu bahagian perkhidmatan pusat perubatan swasta tersebut.

Semua perkhidmatan termasuk unit kemalangan dan kecemasan, klinik pesakit luar serta kemasukan pesakit ke wad dan bilik bedah kini beroperasi seperti biasa.

Pengarah Perubatannya, Datuk Dr. Kamaruzzaman Ali berkata, pembukaan KMC dilakukan setelah proses pembersihan dan sanitasi dilakukan secara menyeluruh.

“Ujian sampel persekitaran yang diambil dari 50 kawasan hospital menunjukkan hasil negatif iaitu tidak ada kesan jangkitan.

“Pengesanan awal kes Covid-19 hanya melibatkan bilik bedah dan tidak ada penularan jangkitan ke bahagian lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamaruzzaman, sebanyak 636 kakitangan, perunding perubatan dan pekerja luar KMC yang diperiksa dan disahkan bebas daripada jangkitan kini kembali bekerja.

“Pembukaan semula hospital ini juga disetujui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah berdasarkan proses pembersihan KMC diselesaikan bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menasihatkan pesakit untuk membuat janji temu untuk rawatan atau rundingan di klinik pakar KMC.

“Pelanggan juga boleh mendapatkan bekalan ubat melalui perkhidmatan penghantaran rumah di talian 011-13348280 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang,” tambahnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI