fbpx

Bapa ditemui mati lemas, anak masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK berkuasa membawa naik mayat pertama di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Muar yang ditemui pada jarak dua batu nautika berhampiran lokasi mangsa dilaporkan jatuh. Foto NUR ALINA HASSAN

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR – Seorang daripada dua mangsa yang hilang ketika mencari kepah di Sungai Muar di sini ditemui mati lemas petang hari ini.

Mangsa, Zainal Jerman, 61, ditemui pada pukul 3.25 petang pada jarak satu batu nautika dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Anak sulung mangsa, Muhammad Azizul, 36 berkata, selama lebih 30 tahun menjadi nelayan pantai, arwah bapanya sentiasa turun ke laut pada awal pagi dan lewat petang.

“Adik pula (Muhammad Azwan) memang dah biasa ikut bapa sejak hampir dua tahun ini dan sudah pandai mengemudi bot.

“Sebelum keluar sekitar pukul 12 tengahari semalam (kelmarin), kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sedikit aneh sebab keluar pada waktu tengahari.

“Tambahan pula keadaan air agak pasang, selalu mereka akan turun mengutip kepah ketika air surut,” katanya ketika ditemui Marina Bay, Tanjung Emas, di sini berhampiran dengan lokasi kejadian.

Menurut Muhammad Azizul, dua lagi individu iaitu lelaki warga tempatan dan seorang warga Indonesia yang turut berada dalam bot ketika kejadian merupakan rakan baik kepada bapa dan adiknya.

“Lelaki berbangsa Cina itu merupakan pemborong kepah manakala awak-awak warga Indonesia adalah pembantunya. Sejak lebih sebulan ini, mereka berempat memang menaiki bot bersama kerana saya difahamkan bapa sudah biasa dengan lokasi mengutip kepah.

“Jadi, bapa dan adik akan mengemudi bot memandangkan dua rakan mereka tidak pandai mengendalikannya. Maka, rutin bapa dan adik kebelakangan ini adalah membawa rakannya itu ke lokasi tumpuan kepah sebelum mengutip hasil secara bersama,” katanya.

Meskipun terkejut dengan kejadian menimpa, namun mereka sekeluarga reda.

Kelmarin, dalam kejadian pukul 3.55 petang, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan dua beranak yang sedang mengutip kepah di Sungai Muar, di sini.

Difahamkan ketika kejadian, enjin bot dimatikan dan dua rakan mangsa yang berada di bot panik serta gagal menyelamatkan mereka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI