fbpx

Ayda Jebat, Nabil Mahir hadiri kursus kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda dan Nabil

KUALA LUMPUR – Pelakon po­pular, Ayda Jebat dan tunangnya yang juga pengacara, Nabil Mahir menghadiri kursus praperkahwinan semalam sebagai perse­diaan sebelum mendirikan rumah tangga.

Ayda, 28, berkongsi dua buah video semasa menghadiri kursus itu menerusi Insta Story di Instagramnya.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada sekeping gambar daripada Insta Story Nabil yang dikongsi semula Ayda.

Penyanyi lagu Better Than You itu menghadiri kursus tersebut bersama Nabil, 32, di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di sini.

Difahamkan, Ayda sedang giat membuat persiapan menuju hari bahagianya beberapa bulan lagi, namun tarikh sebenar masih dirahsiakan buat masa ini.

Pada 28 April lalu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara atas talian bagi mematuhi prosedur Perintah Kawalan Pergerakan.

Majlis pertunangan pasangan itu diadakan di kediaman ma­sing-masing di ibu negara.

Kedua-dua selebriti itu mula rapat pada tahun lalu sebelum Ayda menerima lamaran daripada Nabil semasa sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI