fbpx

Aduan pengguna pakej internet TM disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan terhadap aduan pengguna berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) bulan lalu.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, butiran aduan menyatakan TM telah menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps.

Menurutnya, setelah laman sesawang jualan rasmi pihak TM diteliti semula, pengadu mengesan pakej tersebut telah berubah sejak 2 September dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps.

“Aduan ini turut dilaporkan oleh beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terpedaya dengan tawaran yang dibuat dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

SKMM berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna.

Katanya, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikuat kuasa oleh SKMM memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi.

“SKMM memberi jaminan siasatan isu tersebut akan dijalankan secara telus dan adil,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI