fbpx

700 orang lawat, swafoto di tanah kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Tanah kubur warna-warni hilangkan rasa takut

JAKARTA – Satu tanah perkuburan di Jawa Timur, Indonesia kini menjadi ­lokasi kunjungan orang ramai ­selepas landskapnya sedia ada ­diubah menjadi sebuah taman ­berwarna-warni, lapor portal berita iNews.id kelmarin.

Batu nisan, batu sungai dan beberapa batang pokok ­kemboja di tanah perkuburan di Desa Balong Dowo, Candi di Kabupaten Sidoarja dicat ­warna terang oleh penduduk kampung.

Selain itu, tanah perkuburan itu juga dipasang ­kemudahan kira-kira 40 buah tiang ­lampu ­jalan dan satu pagar ­seakan-akan reka bentuk ­zaman ­kerajaan Majapahit ­turut ­dibina di situ.

Sejak berubah wajah, ­tanah perkuburan itu me­nerima ­kunjungan hampir 700 orang ­sehari dan ada ­pelawat mengambil ­kesempatan untuk berswafoto di situ.

Seorang pengunjung yang enggan namanya disiarkan berkata, dia kini berasa lebih selesa dan tidak takut selepas perubahan suasana di tanah kubur berkenaan.

“Melawat tanah perkuburan ini seperti berkunjung ke ­taman kerana penuh dengan pelbagai warna ceria dan tidak lagi ­menyeramkan,” katanya.

Penjaga tanah perkuburan itu, Kosim berkata, kerja-kerja mengecat di kawasan tanah berkuburan tersebut ­dilakukan penduduk kampung sejak ­bulan Mei lalu.

“Kos untuk mengecat dan menaik taraf tanah perkuburan ini dibiayai melalui sumbangan derma penduduk kampung sendiri,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI