fbpx

Seramai 41 individu ditahan ketika berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Seramai 41 pelanggan sebuah pusat hiburan ditahan polis ketika sedang leka berhibur dalam serbuan di Damai Plaza, Luyang semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.20 tengah malam itu, semua individu yang ditahan membabitkan 21 lelaki dan 20 wanita termasuk penjaga premis warga tempatan berusia antara 19 sehingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Habibi berkata, walaupun dalam kesibukan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah namun pihaknya tidak mengabaikan tanggungjawab dalam memastikan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) terus dipatuhi.

“Hal ini kerana kita masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sewaktu serbuan dijalankan, bunyi muzik dalam premis masih dimainkan dengan kuat.

“Manakala pelanggan pusat hiburan juga sedang leka minum minuman beralkohol tanpa penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Habibi berkata, semua yang ditahan di bawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7), Peraturan 3 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI