fbpx

Pokok di Australia miliki toksin seperti bisa kala jengking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan pokok gympie-gympie yang hidup di Australia. – AFP

BRISBANE – Australia dikenali sebagai negara memiliki pelbagai spesies berbisa seperti labah-labah, ular dan haiwan laut tetapi pasukan penyelidik kini mengenal pasti toksin menyerupai bisa kala jengking yang dirembes sejenis pokok dan boleh menyebabkan kesa­kitan selama beberapa minggu.

Sentuhan dengan pokok dendrocnide yang dikenali masyarakat tempatan sebagai gympie-gympie, akan mencetuskan sengatan lebih buruk daripada pokok serupa di Amerika Syarikat atau Eropah.

Pohon gympie-gympie mempunyai daun berbentuk hati dan boleh ditemui di kawasan hutan hujan di timur laut Queensland dan ditakuti pendaki.

Satu pasukan saintis Australia berkata, mereka kini le­bih memahami mengapa ‘se­ngatan’ gympie-gympie menjadi mimpi ngeri kepada individu malang kerana bergeser de­ngan daunnya.

Beberapa mangsa berkata, pada mulanya mereka berasa seperti terkena api dan bebe­rapa jam kemudian, rasa sakit­ berubah seperti jari yang tersepit ketika pintu kereta ditutup, kata pasukan penyelidik itu kelmarin.

Apabila mangsa lega kerana kesakitan itu hilang, ia akan muncul semula apabila mereka mandi.

Seorang profesor madya di Universiti Queensland, Irina Vetter berkata, pasukan penyelidik tersebut menemui racun neurotoksin kelas baharu dinamakan gympietides pada pokok tersebut.

“Racun ini walaupun berasal daripada tumbuhan, ia menyerupai bisa labah-labah, kala jengking dan siput kon sekali gus menjadikan pokok gympie-gympie benar-benar berbisa”, katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI