fbpx

Perak II, NS berkongsi mata di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak II, Hamizul Izaidi Zulkifli cuba dihalang pemain Negeri Sembilan, Adam Othman Mohd. Arfah dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebentar tadi.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Perak II dan Negeri Sembilan berkongsi satu mata apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam saingan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam ini.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendapat peluang pada minit ke-16 tetapi lambungan Muhamad Nasrol Amri Kamarul Azhar pantas dikeluarkan pertahanan Negeri Sembilan ketika penjaga gawang, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman sudah pun tertewas.

Peluang kedua Perak II diperolehi empat minit kemudian tetapi tendangan percuma Tarik Isic tepat ke dakapan Mohamad Kaharuddin.

Pasukan pelawat berpeluang mendahului permainan pada minit ke-24 tetapi rembatan Adam Othman Mohd Arfah pula menuju penjaga gol tuan rumah, Muhamad Farhan Abdul Majid.

Khairul Asyraf Sahizah berpeluang mencetak namanya sebagai penjaring tuan rumah pada minit ke-26 tetapi rembatannya meluru ke arah Mohamad Kaharuddin.

Minit ke-45 Jose Almir Barros Neto mendapat peluang terbaik membolosi gawang tuan rumah tetapi tendangannya turut menuju ke arah Muhamad Farhan.

Sebelas minit selepas babak kedua bermula, Jose Almir berjaya melepasi perangkap off side namun rembatannya tersasar ke kanan gawang walaupun hanya berhadapan Muhamad Farhan untuk ditewaskan.

Pada minit ke-62, Igor Carneiro Luiz pula berpeluang mengejutkan tuan rumah tetapi rembatannya dari luar kotak penalti mudah dibaca Muhamad Farhan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada babak kedua namun tidak menemui sentuhan penyudah sehingga wisel penamat dibunyikan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI