KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak individu yang memakai gelang kuarantin di kawasan awam.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, gelang kuarantin tersebut terdiri daripada lima warna iaitu merah jambu, merah, putih, biru dan kuning.
“Jika ada individu yang memakai gelang kuarantin berada di kawasan umum, ia perlu dilaporkan kepada pihak polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko jangkitan,” katanya di laman Twitter semalam. – K! ONLINE