fbpx

KL waspada ancaman Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUKOR (kanan) mengingatkan rakan-rakan sepasukan supaya mencuri mata menjelang aksi menentang Puala Pinang pada saingan Liga Premier di Stadium Bandaraya malam ini.

TONGGAK berpengalaman Kuala Lumpur, Muhammad Shukor Adan menggesa rakan-rakan sepasukannya supaya tidak meletakkan diri dalam tekanan supaya dapat mengelak daripada kekalahan kepada Pulau Pinang pada aksi Liga Premier malam ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berpendapat, satu mata di Stadium Bandaraya sudah cukup buat The Hawks bagi memastikan saingan merebut kejuaraan Liga Premier terus terbuka buat mereka.

“Kami mesti membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan di sana. Berdasarkan prestasi semasa Pulau Pinang, ia bukan sesuatu yang mudah buat kami untuk perlawanan ini.

“Kekuatan Pulau Pinang terletak kepada tonggak importnya yang pernah bermain pada Liga Super sebelum ini. Jadi, apabila beraksi dalam saingan Liga Premier, mereka tidak berdepan masalah untuk bermain dengan baik.

“Pemain-pemain tempatan Pulau Pinang juga berkualiti dan berpengalaman, ia menjadikan mereka sebuah pasukan yang wajar dihormati. Jadi, kami sama sekali tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka,” katanya.

Skuad kendalian Muhammad Nidzham Adzha Yusoff itu ketika ini menduduki tangga kedua Liga Premier menerusi kutipan 17 mata, sama dengan Pulau Pinang yang kini mendahului carta liga.

Pertembungan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang diibaratkan seperti buku bertemu ruas kerana kedua-dua pasukan masih belum tewas daripada tujuh perlawanan setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI