fbpx

Doakan Nor Aqilah segera sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aqilah (dalam bulatan) sudah berikan keterangan kepada pihak polis.

SIK – “Tolong doakan Nor Aqilah segera sembuh kerana kami tidak mahu kehilangan seorang lagi anak perempuan.”

Itu permintaan Mohd. Safwan Yaacob, 42, bapa kepada pasa­ngan kembar yang keracunan karbon monoksida semasa berehat dalam kereta dekat stesyen minyak di Sama Gagah Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, Mohd. Safwan kehilangan anak sulung Nor Adilah, manakala kembarnya kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur.

Menurut Mohd. Safwan, walaupun dia sekeluarga reda de­ngan kematian Nor Adilah, namun jauh di sudut hatinya dia tidak mahu kehilangan seorang lagi ahli keluarga dalam masa terdekat.

“Sebolehnya biarlah Nor Aqilah yang dirawat sembuh dan boleh terus hidup bersama kami sekeluarga,” katanya selepas urusan pengebumian Nor Adilah di Tanah Perkuburan Islam di pekarangan Masjid Al-Aqraf, Jeneri, Sik di sini semalam.

Sementara itu, Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Hal Ehwal Awam dalam satu ke­nyataan berkata, Nor Aqilah diberi rawatan terapi oksigen hiperbarik bagi merawat keracunan gas yang dihidapinya.

“Mangsa belum menunjukkan perkembangan positif dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi,” katanya.

Terapi oksigen hiperbarik adalah rawatan yang direka untuk meningkatkan bekalan oksigen kepada luka yang tidak bertindak balas terhadap rawatan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI