fbpx

Ananda Ayu siswi Hindu pertama lulusan UMI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANANDA AYU

JAKARTA – Seorang mahasiswi Fakulti Kedoktoran, Ananda Ayu Masnathasari melakar sejarah apabila dia muncul pelajar beragama Hindu pertama menamatkan pengajian di Universiti Muslim Indonesia (UMI) di Kota Makassar, lapor laman berita suara.com kelmarin.

Gadis kelahiran Kabupaten Takalar dalam wilayah Sulawesi Selatan itu berkata, dia sangat gembira dapat menamatkan pe­ngajian dalam bidang kedoktoran di UMI sekali gus pelajar beragama Hindu pertama berkelulusan daripada kampus Islam itu.

“Perjalanan saya di UMI tidak mudah kerana saya perlu me­nempuh pengajian selama lapan tahun.

“Walaupun saya beragama Hindu tetapi saya sama seperti mahasiswi lain di sini. Kami diwajibkan memakai hijab serta berpakaian menutup aurat semasa berada di kampus,” kata­nya.

Sebagai penghargaan UMI kepada prestasi dan kejayaannya, Ananda Ayu diberi kesempatan untuk memberikan ucapan di hadapan pensyarah dan mahasiswa UMI lain dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Dekan Fakulti Teknologi Industri, Zakir Sabhara yang bertemu Ananda Ayu mengaku beliau berasa bangga dengan pencapaian gadis itu.

“Pertama kali UMI melahirkan seorang doktor beragama Hindu.

“Walaupun berbeza fahaman agama, perkara ini jelas membuktikan UMI memberi peluang kepada semua mahasiswa Indonesia untuk melanjutkan pengajian di sini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI