fbpx

UiTM FC sedia layani Terengganu FC malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERNHARNDT mengingatkan para pemain UiTM FC untuk fokus memburu tiga mata apabila menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super di Shah Alam malam esok. - MEDIA UiTM FC

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

PASUKAN UiTM FC tidak mahu lagi berputih mata sebaliknya mahu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan menentang Terengganu FC di laman sendiri malam esok.

Ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernharndt berkata, kemenangan akan memastikan pasukan tersebut tidak tersingkir daripada Liga Super yang kini berbaki empat perlawanan.

“Sekiranya kita tewas akan menyukarkan lagi pasukan untuk kekal di dalam Liga Super memandangkan kedudukan tangga empat hingga 11 tidak jauh perbezaan kutipan matanya.

“Jadi, malam esok adalah misi mesti menang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Berdasarkan rekod, UiTM kini menduduki tangga ketujuh Liga Super selepas mengharungi tujuh perlawanan dan mengutip 10 mata sama dengan tiga pasukan lain iaitu Melaka United, Terengganu FC dan Selangor.

Bernharndt menambah, pasukannya tidak  bernasib baik sebelum ini apabila tewas 0-1 kepada Perak meskipun menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut.

Jelas beliau, berdasarkan pemerhatiannya terdapat sebanyak 18 percubaan ke gawang gol skuad Seladang itu yang dilakukan anak buahnya.

“Kita sudah bermain dengan baik menentang Perak tapi nasib tidak menyebelahi kita. Apapun, saya tetap berikan kredit kepada anak buah saya kerana menunjukkan persembahan yang baik.

“Bagi perlawanan menentang Terengganu FC nanti akan ada tiga pertukaran pemain daripada skuad menentang The Bos Gaurus minggu lalu,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI