fbpx

Tekong darat, 4 PATI warga Kemboja dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tekong darat warga emas (depan) dicekup bersama empat PATI warganegara Kemboja yang masuk secara tidak sah menggunakan pangkalan haram Kampung Kebun, Pengkalan Kubor malam tadi.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang tekong darat warga emas bersama empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Kemboja dalam serbuan di pengkalan haram Kampung Kebun di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, kesemua PATI yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 31 tahun itu dicekup ketika berada dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu warga emas itu pada pukul 11 malam tadi.

Menurutnya, dalam serbuan itu, PGA turut merampas 16 batang taring babi yang dianggarkan bernilai RM2,800 dalam beg milik salah seorang PATI itu.

“Selepas mendapat maklumat mengenai penyeludupan PATI ini, anggota PGA terus bertindak dengan menahan sebuah kereta jenis Proton Saga berhampiran pengkalan haram Kampung Kebun.

“Pemeriksaan mendapati empat PATI yang terdiri dari dua lelaki dan dua wanita telah berada di dalam kereta tersebut bersama tekong darat,” katanya.

Menurut Azhari, siasatan awal mendapati warga emas yang bertindak sebagai tekong darat itu menerima upah penghantaran sebanyak RM100 untuk setiap seorang PATI.

“Kesemua warga Kemboja itu dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini menggunakan pangkalan haram dan mereka akan ditawarkan pekerjaan di sekitar Kota Bharu.

“Nilai keseluruhan rampas termasuk kereta yang dipandu tekong darat itu dianggarkan berjumlah RM7,880,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 60(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI