fbpx

Tabung Musa’adah Covid-19 kutip RM4.5 juta sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Tabung Musa'adah Covid -19 kepada wakil Pertubuhan Kebajikan OKU Autisme Selangor pada majlis penyerahan sumbangan itu di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) berjaya mengutip kira-kira RM4.5 juta melalui Tabung Musa’adah Covid-19 yang ditubuhkan bagi membantu golongan terjejas akibat pandemik itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, daripada jumlah kutipan tersebut, hampir 80 peratus dana tabung itu telah disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya galakkan orang ramai untuk menderma untuk tabung ini kerana ia adalah saham akhirat dan usaha seperti ini perlu diteruskan.

“Dana Tabung Musa’adah itu akan disalurkan kepada semua golongan tanpa mengira latar belakang, sempadan geografi atau agama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim-Yayasan Waqah Malaysia di sini semalam.

Zulkifli berkata, sejak diwujudkan Mac lalu , Jakim telah menyalurkan kira-kira RM3 juta kepada golongan terjejas akibat Covid-19 antaranya Orang Asli, gelandangan serta kumpulan asnaf.

Pada majlis tersebut, Jakim-YMM melalui Tabung Musa’adah Covid -19 menyampaikan sumbangan bernilai RM22,000 kepada Pertubuhan Kebajikan OKU Autisme Selangor dan RM260,500 kepada Komuniti LGBT peserta program Mukhayyam Jakim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI