fbpx

Svitolina buka langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SVITOLINA mara ke pusingan kedua Terbuka Itali selepas menundukkan Pavlyuchenkova pada aksi Terbuka Itali pagi semalam. – AFP

ROME, Itali – Bintang Ukraine, Elina Svitolina memulakan saingan Terbuka Itali dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua selepas berjaya menewaskan jaguh Rusia, Anastasia Pav­lyuchenkova dengan kemena­ngan straight-set 6-3, 7-6 (7-4) pagi semalam.

Svitolina yang pernah meraih kemenangan dua tahun berturut-turut pada musim 2017 dan 2018 di Rome, tidak menyertai saingan WTA semenjak dia menjulang trofi Monterrey pada Mac lalu selepas kejohanan profesio­nal tenis ditutup akibat serangan Covid-19 di seluruh dunia.

“Yang pasti ia kejohanan yang berbeza, mungkin saya telah me­lakukan persiapan yang terlalu lama di gelanggang tanah liat ini.

“Apa yang saya boleh katakan saya sangat selesa beraksi di sini dan tampil dengan permainan yang cukup baik,” kata Svitolina.

Pemain ranking No.4 dunia tersebut hanya memerlukan satu jam 45 minit untuk mengatasi Pavlyuchenkova.

“Saya sangat gembira kerana berada di gelanggang dan dapat bermain. Saya bermain dalam perlawanan yang baik dan Pavlyuchenkova juga tampil dengan pukulan servis yang sangat sempurna.

“Tentunya itu tidak mudah, saya berpeluang menamatkan perlawanan lebih awal di set ke­dua tetapi dia mengeheret saya ke aksi tie-break tetapi saya masih mampu mengawal keadaan untuk menang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI