PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.
SPRM dalam kenyataan berkata, portal itu dilancarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil.
“Kemudahan terbaru ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda anti rasuah di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” katanya.
Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/. -K! ONLINE