fbpx

Polis kesan lelaki curi tabung derma anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman tular lelaki berkenaan mencuri tabung derma anak yatim di sebuah stesen minyak di Felda Sungai Mas.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular selepas rakaman videonya mencuri tabung derma anak yatim di sebuah stesen minyak di Felda Sungai Mas tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 9 malam Selasa lalu membabitkan kehilangan wang sebanyak RM500.

“Hasil siasatan awal polis mendapati kes tersebut dilakukan oleh seorang lelaki lingkungan umur 30an yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu.

“Perlakuan suspek telah dirakam oleh rakaman litar tertutup (CCTV) di stesen minyak tersebut.

“Kes berkenaan juga telah ditularkan di media sosial dan polis percaya dapat mengesan dan menangkap suspek dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Hussin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Jelasnya, saksi yang melihat kejadian berlaku boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-883 1222 bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI