fbpx

Polis buka IP kes tular halangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kes tular dua kenderaan membuat halangan lalu lintas di Jalan Batu Belah, Klang, Isnin lalu.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Polis membuka kertas siasatan (IP) berhubung kes tular melibatkan dua pemandu kenderaan yang membuat halangan lalu lintas di Jalan Batu Belah di sini Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, kedua-dua pemandu lelaki berusia 32 dan 38 tahun telah dipanggil dan hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira pukul 9 malam tadi untuk siasatan lanjut.

“Ia susulan satu rakaman video tular antara kereta Proton Wira dan Perodua Myvi yang didapati membuat halangan di jalan raya.

“Proton Wira dikatakan memotong dan berhenti secara mengejut di hadapan Myvi sekali gus menyebabkan halangan tersebut dalam kejadian pukul 12.48 tengah hari itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau, siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan selain dua kereta tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan.

Mohd. Khairi menjelaskan, hasil siasatan pihaknya di lokasi kejadian mendapati garisan jalan belum dibuat sepenuhnya Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana baru di tar.

“Selain itu, terdapat satu garisan putih putus-putus di tengah jalan sebagai pembahagi lorong.

“Ketika kejadian, keadaan jalan turut kering dan cuaca baik,” katanya.

Tambah , tiada penahanan dilakukan pihaknya dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI