fbpx

Pochettino intai tempat Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD berdepan tekanan untuk memastikan Chelsea meraih kejuaraan selepas kelab itu mengeluarkan dana besar mendapatkan pemain baharu musim ini. – AFP

LONDON – Nasib pengurus Chelsea, Frank Lampard mungkin berada di hujung tanduk dengan pengendali sensasi, Mauricio Pochettino sedia untuk menggantikan tempatnya pada bila-bila masa sekiranya gagal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pendapat itu diberikan oleh bekas penyerang antarabangsa England, Darren Bent selepas melihat pasukan The Blues ber­belanja mewah lebih £200 juta (RM1.07 bilion) pada jendela perpindahan kali ini.

Kata Bent, tekanan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Lampard sangat besar kerana jangkaan daripada pihak pe­ngurusan semakin tinggi dan mahu Chelsea menamatkan kemarau piala dengan meraih trofi EPL atau Liga Juara-Juara.

“Saya rasa Lampard kini berada dalam keadaan tertekan kerana dia sedar bahawa langkah karier seterusnya bersama Chelsea adalah untuk menjulang seberapa banyak trofi yang boleh pada musim ini.

“Tahun lalu dia telah mempamerkan kematangan dalam membimbing Chelsea yang diharamkan membeli sebarang pemain dan terpaksa berpuas hati dengan skuad sedia ada tetapi situasi ketika ini sangat berbeza.

“Dia menandatangani Timo Werner, Hakim Ziyech, Thiago Silva, Ben Chilwell dan Kai Havertz yang mana mereka adalah pemain yang boleh memberi kesukaran buat pasukan pesaing.

“Jika gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, mungkin pengurusan Chelsea tidak akan teragak-agak untuk memecat Lampard dan menandata­ngani Pochettino yang masih tiada kerja ketika ini,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI