fbpx

Pengawal keselamatan Hospital Banting maut langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan maut dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 36 Jalan Klang - Banting - Port Dickson di sini semalam.

Oleh MOHD. NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA LANGAT – Seorang pengawal keselamatan maut dalam kemalangan langgar lari di
Kilometer 36 Jalan Klang – Banting – Port Dickson di sini semalam.

Mangsa, Muhammad Haikail Suhairi, 19, yang bertugas di Hospital Banting disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dalam kejadian pukul 11.15 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dalam perjalanan ke arah Morib ke Banting telah dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier dari arah belakang.

Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian tepi sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 45 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dengan mayatnya telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Sementara, pemandu SUV tersebut didapati melarikan diri dan meninggal kenderaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mazrol Mohd Din di talian 0111-8539115 atau mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI